Thursday, June 6, 2013

Refleksi.

Hari ni... izinkan aku berbicara seketika.

Hari ni, aku macam terasa diri ni kecil seketika. *ketawa*

Ye, aku tau aku sudah sejak azali fizikalnya kecil. Tapi apa yang aku maksudkan, well, mungkin aku terasa intimidated. Terasa semua orang lagi lebih dari aku.

Bukan cemburu, hanya terpikir apa sebenarnya yang aku buat dengan hidup ni.

Alah, ini benda biasa, semua orang penah lalui, pernah rasa. Akan ada satu masa bila kau rasa kau tak cukup bagus. Tak cukup segalanya.

Dan itulah yang aku rasa sekarang.

Aku tengok, orang lain bermalas-malas juga seperti aku, tapi masih lagi atas dariku.

Aku lihat, orang lain acuh tak acuh juga seperti aku, tapi seperti aku saja yang tinggal di belakang.

Bukan sekali. Tapi berkali.

Then again, a human's still a human. Mesti ada yang tak puas hati, tak cukup. Bukan?

Tapi aku cuma rasa, aku boleh buat lagi bagus. Lagi tinggi.

Tapi sayang, perasaan tu tak kekal lama. Like a fleeting dream, it'll disappear in the vast ocean of my used-to-think thoughts.

Sayang, bila perasaan tu tak kekal lama untuk aku buat something about it.

Kelakar kan? Aku sedar aku tak cukup bagus, tapi masih tak mahu berubah. And the fact I am aware of both things is just... i don't know.

But I guess, I am who I am.

Aku boleh berubah, tapi ubahnya itu masih sedikit. Seolah percik air dari batu yang kecil.

Sebabnya aku ialah aku.

And change isn't what I always choose as an unswayed decision.

No comments:

Post a Comment