Wednesday, June 5, 2013

Sebenarnya...

Sebenarnya... aku tak boleh tido.

Puas pusing kiri kanan atas bawah telentang meniarap, mata masih tak mahu lelap.

Sebab apa aku tak tau.

Tapi tiap kali aku pejam mata, terbayang benda yang sepatutnya tak aku bayang.

Tidak, bukan hantu yang aku bayangkan.

Bukan cerita triple x yang aku bayangkan.

Bukan masalah yang mensemakkan hati yang aku bayangkan.

Jadi apa?

*senyum*

Biarlah bayangan itu menjadi rahsia.

Bukan apa, aku tahu diri ini cuma mengada. Aku tahu, jadi tidak perlu aku layankan, dan tidak perlu aku fikirkan.

Biarlah ia tinggal sebentar dalam benak hati dan fikiran. Hanya sementara, bukan selamanya.

Kerana apa?

Sebab aku makin hilang sebab untuk aku terus tersenyum. Dan jika ini boleh buat aku tersenyum, walau untuk sementara cuma, biarlah ia buat apa ia suka.

Sebab hidup tanpa senyum seolah dunia tanpa mentari. Mati.

Dan sebab tu, walau sakit, walau sedih, walau susah, aku tetap akan senyum. Walau untuk sementara cuma.



No comments:

Post a Comment